Pasir Puteh
Resort merupakan salah satu tarikan
pelancongan yang menarik di Hulu Selangor.
Terletak 1km sebelum tiba di
Kalumpang Resort & Training Centre iaitu di Lot 92 Jalan Sg Inki, Kg Pasir
Putih, Kalumpang 44100 Kerling, Hulu
Selangor, Selangor Darul Ehsan. Resort
ini dikelilingi oleh Sungai Inki yang sejuk dan nyaman.
|
Figure 1 : Peta Lokasi |
|
Figure 2 : Signboard Pasir Puteh Resort |
Resort ini
menyediakan pelbagai aktiviti outdoor
terutamanya aktiviti perkhemahan. Pasir
Puteh Resort mempunyai tanah yang landai sesuai untuk aktiviti perkhemahan.
Tapak perkhemahan ini boleh memuatkan hampir 100 unit khemah dan 1000 orang
untuk satu-satu masa. Aktiviti lain yang ditawarkan ialah explorace, rentas sungai (river crossing), rentas halangan, night walk,
treasure hunt, jungle trekking, perkelahan serta percutian keluarga bagi
mereka yang inginkan percutian yang sunyi, tenang, damai dan lebih privasi.
|
Figure 3 : Tapak Perkhemahan |
Bagi mereka yang
inginkan penginapan, terdapat 8 buah chalet yang disediakan iaitu chalet
Mutiara 1 hingga Mutiara 8. Mempunyai beberapa kategori harga yang bersesuaian
dan berpatutan untuk setiap pengunjung yang datang. Kemudahan lain yang
disediakan ialah tandas awam, surau terbuka, dewan serbaguna, dewan tertutup, wakaf,
tempat memasak (rumah BBQ) dan padang.
|
Figure 4 : Chalet Mutiara |
Pasir Puteh
Resort kerap dikunjungi oleh Unit Beruniform dan Pasukan Silat sebagai tempat
latihan mereka. Antara Unit Beruniform yang selalu datang ialah Akademi Bomba
Selangor dan unit beruniform sekolah yang mengadakan perkhemahan.
|
Figure 5 : Pasukan Silat |
|
Figure 6 : Akademi Bomba Selangor |
Harga bg setiap chalet bagaimana?
ReplyDelete24 hb oktober 2021 tapak khemah utk 2 famili masih ada ker
ReplyDeleteBoleh bagi harga chalet dan kemudahan di dalamnya
ReplyDelete